Thursday, May 7, 2009

Sekolah kebangsaan peneraju wawasan

Tonggak kejayaan seseuah negara datang daripada perpaduan serta kekuatan rakyatnya.Kita merupakan contoh terbaik di mana rakyat kita yang berbilang kaum.agama serta budaya dapat membangunkan negara bersama-sama selama lebih 51 tahun kemerdekaan. Tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai dugaan serta cabaran yang dihadapi dan keadaan semasa sememangya tidak menyakinkan berbanding keutuhan perpaduan yang dinikmati sebelum ini. Kita perlu mengambil langkah tepat dan segera dalam meyelesaikan kemelut ini untuk mengelakkannya daripada bertambah parah.Banyak persoalan telah dikemukan dan jalan penyelesaian cuba dirungkai bagi mengukuh serta megutuhkan perpaduan kaum seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).Saya sememangnya berpegang kuat dan percaya kepada kelebihan dalam memupuk perpaduan pada peringkat awal iaitu sejak dari sekolah rendah lagi. Sistem pendidikan terutama di peringkat sekolah rendah perlu diberi perhatian yang mendalam kerana pada peringkat inilah generasi pelapis negara dibentuk,dididik dan diasuh mengikut sistem dan acuan berteraskan perpaduan untuk menjadi insan yang berjiwa tinggi dan berpatriotik.Sekolah kebangsaan perlu diperkasakan dalam semua aspek supaya dapat dijadikan pilihan masyarakat.Sememangya ia amat baik dan terbukti berkesan dalam membentuk generasi muda yang dapat menghayati erti perpaduan dengan cukup menyeluruh dan mendalam. Inilah langkah serta pendekatan terbaik untuk melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan berjiwa patriotik. Di sinilah bermulanya medan percampuran antara kaum di mana setiap kaum dapat berinteraksi,berkenalan,belajar,bermain serta menghabiskan masa bersama selama kebih kurang 6 tahun di sekolah rendah. Peringkat ini merupakan peringkat yang paling penting dalam membentuk serta mengasah keperibadian seseorang murid dalam apa jua bidang dan semestinya dapat membentuk perpaduan yang sejati dan berkekalan. Masyarakat umum perlu didedahkan dengan kebaikan sekolah kebangsaan yang merupakan wadah terbaik untuk memupuk perpaduan,semangat patriotisme dan kesetiaan dalam jiwa dan raga generasi muda. Sememangya, tempoh 6 tahun yang pertama untuk kanak-kanak akan menberikan dan meninggalkan impak yang cukup besar dalam attitud,kelakuan,pemikiran,prinsip serta pegangan mereka dan apabila ditambah dengan program yang lain seperti PLKN,mereka akan dapat mengenal erti sebenear perpaduan dan keharmonian masyrakat sebagai rakyat Malaysia. Segala persepi negatif serta tanggapan salah masyarakat terhadap sekolah kebangsaan perlu ditepis dan diperbetulkan dengan menberikan penerangan serta penjelasan yang menyeluruh.Begitu juga dengan sebarang penambahbaikan serta pembaharuan yang perlu dijalankan dalam menjulang sekolah kebanggsaan ke tahap yang lebih baik dari segi jenis subjek pengajaran sehinggalah kepada infrastruktur sekolah. Saya sememangya berasa cukup bangga sebagai seorang bekas pelajar sekolah kebangsaan dan dapat melihat sendiri kebaikan dan keberkesanannya dalam merealisasikan hasrat serta matlamat negara dalam melahirkan masyarakat yang bersatu padu,setia dan berpatriotik selaras dengan konsep 1Malaysia.Inilah kualiti yang tersemai dalam sanubari hampir kesemua pelajar sekolah kebangsaan kerana mereka telah didedahkan dengan suasana perpaduan yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang sebenar.Saya menaruhkan kepercayaan yang menggunung bahawa sekolah kebangsaan merupakan wadah terbaik dalam memupuk perpaduan utuh pada masa kini dan juga selama-lamanya. Sejarah telah membuktikan bahawa kita boleh berjaya dalam mengatasi apa sahaja krisis serta dugaan yang menimpa sekiranya kita bersatu dan tidak mengenal erti putus asa. Kita telah menempuh segala kesusahan dan hidup bersama dengan aman damai selama lebih daripada 51 tahun kita mencapai kemerdekaan dan inilah masanya untuk kita berganding bahu dalam memperkasa serta menjulang kedaulatan,martabat serta pembangunan negara ke tahap setinggi angkasa..Sesungguhnya,tiada yang lebih penting daripada berbakti serta berkorban kepada negara tercinta dan semangat inilah yang harus disemai dalam dada setiap rakyat jelata. . Semangat perpaduan utuh, toleransi, bekerjasama dan permuafakatan mesti disemai dalam hati dan minda setiap anak jati Malaysia. Proses transformasi negara ke arah negara maju yang berteraskan modal insan yang berkualiti dan dapat menjulang nama bangsa yang dilalui sekarang haruslah dipermudah, diperkembang dan dipercepatkan perjalanannya supaya generasi kini dan masa depan dapat menikmati hasilnya. Kita mestilah bersatu padu, komited dan berdiri teguh untuk menghadapi apa-apa cabaran yang bakal dihadapi sepanjang proses pembangunan ke arah kemajuan ini dan berfikir jauh ke hadapan dan terus meyokong dan mendukung segala hasrat dan usaha kerajaan untuk kebaikan bersama. Proses pembangunan yang cukup pesat telah kita lalui sebelum ini dam marilah kita bersama-sama mencurahkan segala keringat dan pengorbanan untuk menjadikan segala aspirasi, hasrat dan dasar kerajaan terutamanya konsep 1Malaysia sebagai realiti dan mengharumkan nama negara di persada dunia.

No comments:

Post a Comment